Ahad, 31 Mei 2009

Tempahan 31hb Mei, 2009


Choc cuppies ngan choc ganache n buttecream
Yang ni pulak tempahan dari Mr. Gary yang tinggal di P.J. Choc cuppies ngan simple ganache n buttercream deco.

Tempahan 30hb Mei, 2009


Choc cuppies ngan buttercream deco.


Choc Cheese Brownies ngan choc ganache & buttercream topping

Chocolate moist ngan choc ganache n strawberry topping.
Alhamdulillah, walaupun kepenatan n tak tidor semalaman, akhirnya berjaya gak ita siapkan tempahan-tempahan untuk hari ni. Cuppies coklat english style buttercream deco tu ditempah oleh Pn. zarina dari Klang untuk dihadiahkan kepada ibunya.
Choc cheese brownies ngan choc moist tu pulak ditempah oleh Nadia untuk dijadikan hantaran majlis pertunangan beliau. Yang choc cheese marble tu untuk pihak lelaki n choc moist untuk pihak perempuan.
Terima kasih la nooooo..jangan serik tempah lagi. TQ!

Rabu, 27 Mei 2009

Tempahan 260509


Kek mocha dengan coklat buttercream
Kelmarin ita dapat panggilan dari seorang cikgu sekolah kat Cheras, nak order special birthday kek untuk husband dia, tapi nak keesokkan harinya. timbang punya timbang, fikir punya fikir, sebab barang memang dah ada kat umah, lagipun cikgu ni pun dah pernah order cuppies, ita setuju la. so terhasilah sebiji kek mocha seperti yang diminta, berdasarkan pada kesukaan suaminya. atas dia ita deco ngan coklat buttercream. semoga cikgu puas hati dengan kek ni, k?

Jumaat, 22 Mei 2009

Tempahan 22hb Mei, 2009


Cuppies datang lagi..hehehehe! Choc cuppies ngan buttercream deco nih repeat order Dr. Mar dari HUKM. Entah kenapa, tetiba otak macam blank la pulak nak mendeco nih...so buat je la apa yang sesempatnya memandangkan Dr ni pun kira last minute punya order. Papepun harapnya Dr puas hati la dengan deco ala2 English gitu...nanti order lagi ye, Dr. TQ!

Isnin, 18 Mei 2009

TEMPAHAN TERTUNDA


Choc cuppies ngan buttercream frosting. tema ladybug >>> pilihan & design oleh Sya sendiri.
Sebenarnya tempahan ni dibuat dan dihantar sebelum HARI IBU hari tu...tapi tak sempat nak diupdate sebab bz sikit dengan projek gambar orang kahwin...Kat atas ni gambar2 cuppies telah ditempah oleh Sya dari Putrajaya. Satu untuk maknya, satu lagi untuk bakal mak mertuanya (amboiiii..pandai nooo amik ati! ;D) Terima kasih la sebab sudi datang amik tgh2 mlm dari putrajaya ke cheras...nanti order lagi ye, dik!

TEMPAHAN 17hb & 18hb May, 2009




Marble Brownies Cheesecake ngan Baked Macaroni yang ditempah oleh cikgu2 dari sekolah Setiawangsa untuk sambutan Hari Guru. Terima kasih cikgu2 sebab sudi order dari ita...SELAMAT HARI GURU!!!




Chocolate Brownies dengan choc ganache topping dihiasi butiran M&M dan colourful Choc rice yang ditempah oleh Kak Mi dari Petronas untuk sambutan hari guru di sekolah tadika anaknya. Sebab tu la keknye agak fancy... ;)
Alhamdulillah..minggu ni ita dapat lagi tempahan. Takpelah..sikit2 lama2 jadik bukit. ;)