Khamis, 11 Jun 2009

Tempahan 11 June, 2009





Vanilla Cuppies ngan buttercream deco diorder sebanyak 75 biji oleh kak Nurul untuk sambutan hari keluarga beliau di lumut. Tema karakter pelbagai jenis kartun. dapat jer order untuk cuppies nih ita pun mula mensurvey internet; tuju Cartoon Network dan cari gambar2 kartun kat situ. Al maklumlah, kartun zaman ita dulu lain...smurf..my little pony, she-ra, he-man...bla..bla...budak sekarang tgk PPG, ben 10, transfomer, spongebob..hehehehe...Tapi nasib baik, bila sampai kat rumah Kak Nurul di Desa Pandan, anak lelaki terus cakap..eh, ada transfomer, ultraman, spongebob pun ada..huiiihhhhhhh..lega! maknanya jadi la gambar2 yang ita lukis tu ;) Alhamdulillah...


Sabtu, 6 Jun 2009

TEMPAHAN MINGGU LEPAS DAN MINGGU NI...


Choc cuppies ngan buttercream n fondant deco

Carrot cake ngan creamcheese topping.


Choc cuppies lagi ngan buttercream deco.
Ini semua tempahan yang tertangguh untuk diupload sebab teramat la sibuknyer menyiapkan tempahan minggu lepas sehinggakan ada banyak gak tempahan yang tak sempat diposingkan...
paperpun yang sesempatnyer aje la ek...
choc cuppies yang ada bear n font dari fondant tu ditempah oleh Aida dari Bukit Jelutong, Shah Alam untuk dihadiahkan kepada kawannya sempena hari pertunangan beliau.
Carrot cake tu pulak ditempah oleh Sue dari Takaful Malaysia bagi pihak kawannya dan kak Juliana dari Taman Melati.
Cuppies ngan buttercream roses n english style deco tu tempahan oleh Kak Nora Dari UM.
Terima kasih la pada semua sebab sudi memurahkan rezeki ita, semoga rezeki anda semua pun murah la jugak hendaknya, Amin!

Ahad, 31 Mei 2009

Tempahan 31hb Mei, 2009


Choc cuppies ngan choc ganache n buttecream
Yang ni pulak tempahan dari Mr. Gary yang tinggal di P.J. Choc cuppies ngan simple ganache n buttercream deco.

Tempahan 30hb Mei, 2009


Choc cuppies ngan buttercream deco.


Choc Cheese Brownies ngan choc ganache & buttercream topping

Chocolate moist ngan choc ganache n strawberry topping.
Alhamdulillah, walaupun kepenatan n tak tidor semalaman, akhirnya berjaya gak ita siapkan tempahan-tempahan untuk hari ni. Cuppies coklat english style buttercream deco tu ditempah oleh Pn. zarina dari Klang untuk dihadiahkan kepada ibunya.
Choc cheese brownies ngan choc moist tu pulak ditempah oleh Nadia untuk dijadikan hantaran majlis pertunangan beliau. Yang choc cheese marble tu untuk pihak lelaki n choc moist untuk pihak perempuan.
Terima kasih la nooooo..jangan serik tempah lagi. TQ!

Rabu, 27 Mei 2009

Tempahan 260509


Kek mocha dengan coklat buttercream
Kelmarin ita dapat panggilan dari seorang cikgu sekolah kat Cheras, nak order special birthday kek untuk husband dia, tapi nak keesokkan harinya. timbang punya timbang, fikir punya fikir, sebab barang memang dah ada kat umah, lagipun cikgu ni pun dah pernah order cuppies, ita setuju la. so terhasilah sebiji kek mocha seperti yang diminta, berdasarkan pada kesukaan suaminya. atas dia ita deco ngan coklat buttercream. semoga cikgu puas hati dengan kek ni, k?

Jumaat, 22 Mei 2009

Tempahan 22hb Mei, 2009


Cuppies datang lagi..hehehehe! Choc cuppies ngan buttercream deco nih repeat order Dr. Mar dari HUKM. Entah kenapa, tetiba otak macam blank la pulak nak mendeco nih...so buat je la apa yang sesempatnya memandangkan Dr ni pun kira last minute punya order. Papepun harapnya Dr puas hati la dengan deco ala2 English gitu...nanti order lagi ye, Dr. TQ!

Isnin, 18 Mei 2009

TEMPAHAN TERTUNDA


Choc cuppies ngan buttercream frosting. tema ladybug >>> pilihan & design oleh Sya sendiri.
Sebenarnya tempahan ni dibuat dan dihantar sebelum HARI IBU hari tu...tapi tak sempat nak diupdate sebab bz sikit dengan projek gambar orang kahwin...Kat atas ni gambar2 cuppies telah ditempah oleh Sya dari Putrajaya. Satu untuk maknya, satu lagi untuk bakal mak mertuanya (amboiiii..pandai nooo amik ati! ;D) Terima kasih la sebab sudi datang amik tgh2 mlm dari putrajaya ke cheras...nanti order lagi ye, dik!

TEMPAHAN 17hb & 18hb May, 2009




Marble Brownies Cheesecake ngan Baked Macaroni yang ditempah oleh cikgu2 dari sekolah Setiawangsa untuk sambutan Hari Guru. Terima kasih cikgu2 sebab sudi order dari ita...SELAMAT HARI GURU!!!




Chocolate Brownies dengan choc ganache topping dihiasi butiran M&M dan colourful Choc rice yang ditempah oleh Kak Mi dari Petronas untuk sambutan hari guru di sekolah tadika anaknya. Sebab tu la keknye agak fancy... ;)
Alhamdulillah..minggu ni ita dapat lagi tempahan. Takpelah..sikit2 lama2 jadik bukit. ;)

Khamis, 30 April 2009

Spiderweb Cheese Brownies n Carrot Walnut Cake

Spiderweb cheese brownies...yang sepatunyer bergelar marble cheese brownies...hehehe!

Carrot Walnut Cake ngan cheese cream topping.
Kek Keju sarang labah-labah ngan kek lobak merah walnut nih ditempah oleh cikgu2 dari Setiawangsa. Terima kasih la cikgu2 sebab sudi menempah. Kalau sedap tolong bagi tau kawan2, kalau ada yang kurang tolong bagitau ita, k?


Selasa, 28 April 2009

PROMOSI UNTUK CUPPIES! :)

PROMOSI!! PROMOSI!!!
CUPPIES UNTUK HARI IBU, HARI BAPA N HARI GURU
- 25 BIJI M SIZE CUPPIES CHOC / VANILLA
- BUTTERCREAM @ CHOC GANACHE TOPPING RM45.
- CHEESE CREAM TOPPING RM60
BERMINAT LEH CALL ITA 0136036822.
PROMOSI BERAKHIR 30 JUN, 2009!

Isnin, 27 April 2009

CHOC CUPPIES


Petang Sabtu lepas, waktu ita baru selesai menyiapkan tempahan dari Sha, ita dapat panggilan dari kak Lyn, nak tempah cuppies untuk birthday k.lang'nyer dan amik keesokkan harinyer pukul 12.30. maka dengan pantasnyer otak ita pun berputar dan berfikir cukup tak bahan kat umah. buat punyer buat, dari 25 biji yang ditempah, 21 biji jer yang dapat.
So, dipersembahkan la 21 biji choc cuppies ngan choc ganache n buttercream topping n buah strawberry.
Paperpun, thanks kak lyn sebab sudi ngoder lagi. nanti order lagi dan lagi ekkk.... ;)

Sabtu, 25 April 2009

KEK ELMO UNTUK BIRTHDAY

Besday kek Elmo tempahan Sha dari Putrajaya untuk tunangnyer yang tersayang...

Kek dari sudut bawah

Dari sudut atas la pulak... ;)
Waktu mula-mula dapat tempahan ita cuak la jugak. "Hah, elmo?" tapi takper..anggap ini satu cabaran..hehehehe! so jenuhlah mencari rupa bentuk si elmo ni dan TADAAAAAA.... terhasillah sebiji kek coklat moist dengan wajah Elmo diatasnya....Harapnya Sha puas hati la hendaknya. nanti leh order lagi yer, Sha? :)

Jumaat, 24 April 2009

Carrot Walnut Cake w Cream Cheese Topping


Carrot Walnut Cake ngan Cream Cheese Topping ni sesuai untuk orang yang suka sesuatu yang berempah. Juga dibuka untuk tempahan.

Choc Cheese Brownies

Choc Cheese Brownies ni bukan dalam sebenar. yang ni sajer buat tebal sebab untuk makan sendiri...hehehhehe....Lepas tu rasa muak jugak sebab tebal sangat, padan ngan muka!
Paperpun tempahan untuk Choc Cheese Brownies ni dibuka. untuk harga boleh call ita 013-6036822 atau email je ke putreekiwi@yahoo.com.

Selasa, 21 April 2009

Tempahan 21.04.09

Cheesecake yang ditempah oleh Kak Lyn dari Maybank.

Chocolate moist ngan choc ganache n strawberry yang ditempah oleh kak Lyn n kak Mah.


Thanks kak Lyn n Kak Mah sebab sudi tempah kek ita. harap2 lepas nih sudilah order lagi ek.... ;)
Pagi tadi hujan lebat. Angin bertiup punya la kuat...mata pun rasa cam berat jer nak bukak tapi terpaksa gak dipaksakan untuk menyiapkan tempahan dari Kak Lyn n Kak Mah. Setelah berhempas pulas...(echehhhh..ye la tuh!) akhirnya siap jugak dan dah pun selamat dihantar ke destinasinya pagi tadi..Alhamdulillah.

Isnin, 20 April 2009

PROMOTION!! PROMOTION!!

Mini Cheesecake untuk promotion...sebab tu agak katik. hehehehe....

Blueberry Cheese Tart...Cengkerangnyer(?) ada dua rasa; coklat n biasa...

Anak Cheesecake ngan tart...


Tart telur @ egg tart...dibuka untuk tempahan.

Sabtu, 18 April 2009

HASIL KERJA ITA 6

Kek buah fondant untuk hantaran. Tema putih pink.


Kek butter fondant 2 tingkat untuk majlis memotong kek. Tema kuning-putih


Kek buah fondant untuk 2 hantaran kahwin; tema merah-putih & kuning-putih.



Vanilla cuppies ngan butter cream topping untuk wedding di Taman Melati, Gombak

I Love U 'L' size vanilla cuppies dengan cream cheese topping lagi.


Mini choc and vanilla cuppies ngan cream cheese topping