Khamis, 11 Jun 2009

Tempahan 11 June, 2009





Vanilla Cuppies ngan buttercream deco diorder sebanyak 75 biji oleh kak Nurul untuk sambutan hari keluarga beliau di lumut. Tema karakter pelbagai jenis kartun. dapat jer order untuk cuppies nih ita pun mula mensurvey internet; tuju Cartoon Network dan cari gambar2 kartun kat situ. Al maklumlah, kartun zaman ita dulu lain...smurf..my little pony, she-ra, he-man...bla..bla...budak sekarang tgk PPG, ben 10, transfomer, spongebob..hehehehe...Tapi nasib baik, bila sampai kat rumah Kak Nurul di Desa Pandan, anak lelaki terus cakap..eh, ada transfomer, ultraman, spongebob pun ada..huiiihhhhhhh..lega! maknanya jadi la gambar2 yang ita lukis tu ;) Alhamdulillah...


Sabtu, 6 Jun 2009

TEMPAHAN MINGGU LEPAS DAN MINGGU NI...


Choc cuppies ngan buttercream n fondant deco

Carrot cake ngan creamcheese topping.


Choc cuppies lagi ngan buttercream deco.
Ini semua tempahan yang tertangguh untuk diupload sebab teramat la sibuknyer menyiapkan tempahan minggu lepas sehinggakan ada banyak gak tempahan yang tak sempat diposingkan...
paperpun yang sesempatnyer aje la ek...
choc cuppies yang ada bear n font dari fondant tu ditempah oleh Aida dari Bukit Jelutong, Shah Alam untuk dihadiahkan kepada kawannya sempena hari pertunangan beliau.
Carrot cake tu pulak ditempah oleh Sue dari Takaful Malaysia bagi pihak kawannya dan kak Juliana dari Taman Melati.
Cuppies ngan buttercream roses n english style deco tu tempahan oleh Kak Nora Dari UM.
Terima kasih la pada semua sebab sudi memurahkan rezeki ita, semoga rezeki anda semua pun murah la jugak hendaknya, Amin!

Ahad, 31 Mei 2009

Tempahan 31hb Mei, 2009


Choc cuppies ngan choc ganache n buttecream
Yang ni pulak tempahan dari Mr. Gary yang tinggal di P.J. Choc cuppies ngan simple ganache n buttercream deco.

Tempahan 30hb Mei, 2009


Choc cuppies ngan buttercream deco.


Choc Cheese Brownies ngan choc ganache & buttercream topping

Chocolate moist ngan choc ganache n strawberry topping.
Alhamdulillah, walaupun kepenatan n tak tidor semalaman, akhirnya berjaya gak ita siapkan tempahan-tempahan untuk hari ni. Cuppies coklat english style buttercream deco tu ditempah oleh Pn. zarina dari Klang untuk dihadiahkan kepada ibunya.
Choc cheese brownies ngan choc moist tu pulak ditempah oleh Nadia untuk dijadikan hantaran majlis pertunangan beliau. Yang choc cheese marble tu untuk pihak lelaki n choc moist untuk pihak perempuan.
Terima kasih la nooooo..jangan serik tempah lagi. TQ!

Rabu, 27 Mei 2009

Tempahan 260509


Kek mocha dengan coklat buttercream
Kelmarin ita dapat panggilan dari seorang cikgu sekolah kat Cheras, nak order special birthday kek untuk husband dia, tapi nak keesokkan harinya. timbang punya timbang, fikir punya fikir, sebab barang memang dah ada kat umah, lagipun cikgu ni pun dah pernah order cuppies, ita setuju la. so terhasilah sebiji kek mocha seperti yang diminta, berdasarkan pada kesukaan suaminya. atas dia ita deco ngan coklat buttercream. semoga cikgu puas hati dengan kek ni, k?

Jumaat, 22 Mei 2009

Tempahan 22hb Mei, 2009


Cuppies datang lagi..hehehehe! Choc cuppies ngan buttercream deco nih repeat order Dr. Mar dari HUKM. Entah kenapa, tetiba otak macam blank la pulak nak mendeco nih...so buat je la apa yang sesempatnya memandangkan Dr ni pun kira last minute punya order. Papepun harapnya Dr puas hati la dengan deco ala2 English gitu...nanti order lagi ye, Dr. TQ!

Isnin, 18 Mei 2009

TEMPAHAN TERTUNDA


Choc cuppies ngan buttercream frosting. tema ladybug >>> pilihan & design oleh Sya sendiri.
Sebenarnya tempahan ni dibuat dan dihantar sebelum HARI IBU hari tu...tapi tak sempat nak diupdate sebab bz sikit dengan projek gambar orang kahwin...Kat atas ni gambar2 cuppies telah ditempah oleh Sya dari Putrajaya. Satu untuk maknya, satu lagi untuk bakal mak mertuanya (amboiiii..pandai nooo amik ati! ;D) Terima kasih la sebab sudi datang amik tgh2 mlm dari putrajaya ke cheras...nanti order lagi ye, dik!